Pernahkah anda dengar yang
kencing manis ada kaitannya dengan serangan jantung. Menurut Persatuan Jantung
Amerika (AHA), punca utama kematian dalam kalangan pesakit kencing manis adalah
disebabkan serangan jantung.
Tentu anda tertanya-tanya
bagaimana kencing manis boleh membawa kepada serangan jantung?? Jadi, jom..kita
teruskan membaca sampai habis......^_^
Sebenarnya, penyakit kencing
manis ini sangat berbahaya. Ia berupaya untuk merosakkan seluruh tubuh badan
pesakit secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja , salur darah kecil dan besar
juga turut terjejas akibat daripada komplikasi penyakit ini. Apabila arteri
telah tersumbat, maka serangan jantung
pun akan berlaku.
Biasanya, pesakit kencing manis
yang diserang sakit jantung tidak mengalami tanda-tanda awal seperti sakit dada.
Ini adalah kerana , penyakit kencing manis berupaya untuk merosakkan saraf-saraf
dalam badan seseorang pesakit seterusnya mengurangkan deria sakit mereka.
Selain itu, tekanan darah serta
tahap kolesterol penghidap kencing manis juga tinggi. Oleh itu, mereka mempunyai risiko dua atau empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung berbanding individu lain.
HENTIKAN KENCING MANIS....CEGAH SEBELUM TERLAMBAT...=)