Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts
Labels: , , ,

Diet Kaunseling bersama Pegawai Dietetik



0 comments
Labels: , , , , ,

4 TIPS JANTUNG SIHAT


MINYAK IKAN
Untuk pengetahuan anda, minyak ikan adalah makanan yang baik untuk mempunyai jantung sihat. Menurut kajian, minyak ikan dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 20% jika kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Manakala bagi pesakit serangan jantung pula, minyak ikan dapat mengurangkan kadar risiko untuk mendapat serangan jantung kembali sebanyak 15% hingga 30%. Hal ini kerana rantaian asid lemak EPA dan DHA yang terdapat dalam minyak ikan dapat memberikan perlindungan yang baik kepada jantung. Biasa dengar kan? Yang selalu iklan susu bayi sebut tu la~~~ 

Minyak ikan boleh didapati di dalam ikan laut dalam seperti Tuna, Ikan Cod, Salmon, Kembung dan Sardin. Hanya 2 hidangan ikan dalam seminggu atau melalui pengambilan makanan tambahan, jumlah dos yang diperlukan untuk tubuh sudah mencukupi. Mudah bukan??

SENAMAN!
Secara amnya, senaman adalah baik untuk kesihatan kita. Namun, terdapat beberapa senaman khas yang sangat berkesan untuk meningkatkan HDL dalam tubuh kita. Pertama, semakin lama senaman aerobik yang dilakukan, semakin baik hasil yang kita akan dapat. Ingat! Kesungguhan dan kualiti senaman tu lebih baik berbanding kuantiti senaman yang banyak tetapi tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Gabungan aerobik dan senaman yang memerlukan tenaga yang kuat juga boleh membantu dalam membakar lemak badan. Cuba untuk lakukan aktiviti mingguan secara bergilir seperti 2-3 hari aktiviti berjalan, berlari atau menaiki basikal dengan 2-3 hari latihan rintangan badan. (Cuba dapatkan bimbingan doktor, pakar dietetic dan jurulatih untuk lebih berkesan)



Meditasi
Kajian telah menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan meditasi yang mudah dan ringkas dapat memulihkan tekanan darah dan mengecilkan salur darah arter. Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 201 subjek yang mempunyai penyakit kardiovaskular, mereka yang mengamalkan meditasi mempunyai kadar risiko yang kurang untuk mendapat serangan jantung, strok sebanyak 47% berbanding dengan pesakit yang tidak mengamalkan meditasi.



Berhenti MEROKOK
Sudah bertahun-tahun, pihak kerajaan telah melaksanakan ‘Kempen Tak Nak Merokok’. Merokok telah menyebabkan 1 daripada 5 kematian pesakit CVD. Jumlah rokok yang dihisap dalam sehari akan meningkatkan lagi risiko kematian.


Tips khas untuk membuang tabiat buruk merokok:
  • Tetapkan masa untuk berhenti merokok
  • Cari sebab kenapa perlu berhenti merokok
  • YAKIN! Selalu fikir positif dan katakana pada diri yang " Saya bukan PEROKOK"
  • Dapatkan bimbingan jika perlu
  • Banyakkan bersenam, Kunyah ‘chewing gum’ tanpa gula dan mandi dengan kerap.


Follow @cardio_booster


0 comments
Labels: , , , ,

Profil Lemak




Umur, faktor keturunan, berat badan, merokok, tekanan darah, aktiviti fizikal adalah faktor yang penting dalam menentukan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, petunjuk terbaik bagi menunjukkan risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah profil lemak.

Adakah anda tahu apa itu profil lemak?

Profil lemak mengukur kadar kolesterol, trigliserid, kolesterol Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-C atau dikenali sebagai 'kolesterol baik' ), dan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL-C atau dikenali sebagai'kolesterol jahat' )

Jadual Nilai Profil Lipid

mg / dL
mmol / L
Kolesterol Jumlah
Normal
<200
<5,1
Hampir tinggi
200-239
5,1-6,1
Tinggi
> 239
> 6,1
Kolesterol LDL  -  Kolesterol "Jahat"
Optimum
<100
<2,6
Near / Melebihi optimum
100-129
2,6-3,3
Hampir Tinggi
130-159
3,3-4,1
Tinggi
160-189
4,1-4,8
Sangat Tinggi
> 189
4,8
Kolesterol HDL  -  Kolesterol "Baik"
Rendah  
<40
<1.0
Tinggi  
> 60
> 1,5
Serum Trigliserid
Normal
<150
1,7
Hampir Tinggi
150-199
1,7-2,2
Tinggi
200-499
2-2 - 5.6
Sangat Tinggi
> 499
> 5,6
* Persatuan Jantung Amerika menetapkan ambang berbeza untuk kolesterol HDL dalam lelaki (<40 mg / dL = rendah) dan wanita (<50mg/dL = rendah), diskriminasi bahawa Pendidikan Kolesterol Kebangsaan Program tidak lagi membuat.

Nilai-nilai dalam jadual di atas menggunakan unit dalam miligram per deciliter darah (mg/dL) dan millimol/liter (mmol/L). Unit mg/dL biasa digunakan di Amerika Syarikat, manakala mmol /L biasanya digunakan di seluruh dunia.


0 comments
Labels: , ,

SERANGAN JANTUNG- ARTIS MALAYSIA







Bob Kuman
Pada usia 40 tahun, pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman meninggal dunia akibat sesak nafas di kediamannya pada tahun 2012. Arwah turut menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair dan obesiti.













Mohd Asri (Rabbani)

[013408065.jpg]
Mohd Asri, vokalis kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani yang terkenal dengan lagu 'Pergi Tak Kembali', meninggal dunia akibat serangan jantung ketika usia beliau 40 tahun. sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pantai kuala Lumpur, beliau mengalami muntah-muntah dan meninggal setengah jam kemudian.  















Hani Mohsin


Pelakon dan pengacara terkenal rancangan 'Roda Impian', Hani Mohsin, meninggal dunia pada tahun 2006 ketika berusia 41 tahun. Beliau disahlkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. 












0 comments
Labels:

Pengubahsuaian sihat makanan tempatan Malaysia


Secara umumnya, masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu amat menyukai makanan yang berlemak. Contohnya seperti nasi lemak, sayur masak lemak, rendang, gulai, kari, laksam dan lain-lain lagi. Malahan kuih muih tempatan juga banyak menggunakan santan sebagai salah satu ramuan penting dalam masakan. 

Hampir kebanyakan hidangan melayu dimasak dengan menggunakan santan. Seperti yang kita tahu, santan adalah jenis lemak tepu di mana ianya boleh meningkatkan risiko untuk pesakit kardiovaskular. Boleh dan tidak salah untuk makan makanan tersebut namun ada caranya dan langkah-langkah yang perlu kita ambil dengan mengubahsuai sedikit resepi hidangan kita.
        


       
Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita mengurangkan penggunaan santan dalam masakan kita? Bagi mengurangkan penggunaan lemak jenis ini, kita boleh menggantikannya dengan menggunakan susu jenis rendah lemak ataupun susu yang mengandungi 0% lemak. Susu jenis ini amat mudah didapati di pasaran. Walaupun ianya lebih mahal berbanding santan, tetapi ianya memberikan impak yang lebih baik kepada pesakit kardiovaskular. Jadi, ape tunggu lagi? Mari kita ubahnya sekarang..

Namun, terdapat juga makanan tempatan yang lengkap dengan sayur-sayuran yang segar, ulam-ulaman, berkhasiat dan sesuai untuk pesakit kardiovaskular seperti kerabu tomato, nasi kerabu, laksa, ulam, ikan masak singgang dan pelbagai lagi.
     
Selain itu, kita boleh menggantikan menu kita daripada masakan bergoreng kepada kukus, rebus, panggang bagi mengurangkan penggunaan minyak. Ini kerana makanan bergoreng boleh memudaratkan dan meningkatkan kolesterol dalam tubuh badan kita.
Jadi, ape tunggu lagi? Jom kita ubah dan cuba sekarang… (^^,)

0 comments
Labels: , , , , , ,

KHASIAT BUAH UNTUK JANTUNG


Pengambilan buah-buahan yang secukupnya merupakan satu komponen yang amat penting dalam diet kita.  Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang mana ianya mampu menjadi penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Tahukah anda...risiko serangan jantung dapat dikurangkan dengan  pengambilan buah-buahan. Buah buahan yang bewarna merah atau pink mengandungi  
antioxidant yang dikenali sebagai lycopene. 

Apa itu lycopene???

Lycopene ialah pigmen karotenoid yang boleh kita dapati pada buah tomato, tembikai, betik, jambu batu pink dan sebagainya. 






Apa yang menariknya di sini, kajian sainstifik telah membuktikan bahawa  pengambilan lycopene  berupaya untuk melindungi diri kita daripada serangan jantung. 

Oxidative LDL membawa kolesterol dimana ia menjadi penyebab aterosklerosis seterusnya membawa kepada serangan jantung dan stroke. Antioxidant lycopenene ini bertindak sebagai penghalang proses oxidative.  Apabila prosess oxidative terhalang maka, perkembangan aterosklerosis akan berkurangan. 


0 comments
Labels: , , , ,

Makanlah Sayur!

Sayur-sayuran merupakan salah satu makanan yang dipercayai dapat menjaga kesihatan badan kita. Demikian, kita dinasihati untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 sajian cawan sayur-sayuran setiap hari demi menjaga kesihatan jantung kita. Kebaikan sayur-sayuran adalah seperti berikut:-
  1. Sayur-sayuran mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran dapat mengurangkan berat badan kita dan secara tidak langsung dapat mencegah penyakit kardiovaskular.
  2. Mengandungi serat larut dan tidak larut dalam air. Kedua-dua serat ini adalah amat penting untuk kesihatan kita. Serat larut akan bergabung dengan kolesterol di dalam usus kita demi menghalangnya daripada mengalir ke dalam saluran darah. Jenis-jenis sayur yang mengandungi serat larut yang tinggi adalah kekacang, lobak merah, articok, ubi keledek, dan bit.
  3. Tidak mengandungi kolesterol dan lemak.
  4. Mengandungi nutrien yang diperlukan: vitamin A, C dan E, magnesium, kalium, folat dan kalsium
Berikut merupakan jenis-jenis sayur yang dipercayai dapat menjaga kesihatan jantung anda:-
  1. Bawang putih merupakan salah satu allium yang mempunyai fitokimia yang dapat mencegah keradangan saluran darah.
  2. Bawang merah juga dapat mencegah keradangan saluran darah dan mencepatkan penyembuhan arteri. Di samping itu, bawang merah mengandungi quercetin yang dapat menurunkan kolesterol dalam darah.
  3. Kacang soya mempunyai kandungan serat yang tinggi dan pada masa yang sama ia tidak mempunyai lemak tepu dan kolesterol. Menurut kajian pada tahun 2010, pengambilan kacang soya setiap hari dapat menurunkan kolesterol LDL dengan 8 hingga 10%.
  4. Tomato amat dikenali dengan dapat mencegahkan kanser. Tetapi, tomato juga dapat menurunkan kolesterol. Pengamilan 25mg lycopene (antioksidan yang mewarnakan tomato dengan warna merah) setiap hari dapat menurunkan kolesterol LDL dengan 10%.
  5. Sayur-sayuran hijau yang berdaun seperti bayam dapat menurunkan kolesterol dalam badan. Menurut banyak kajian, individu yang mengambil 4 sajian atau lebih sayuran hijau yang berdaun mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah berbanding individu yang mengambilnya dengan amaun yang kurang.
  6. Kacang hijau mempunyai amaun serat larut yang tinggi. Pengambilan 6oz kacang hijau setiap hari dapat membekalkan serat larut yang mencukupi untuk mengurangkan kolesterol yang efisyen.
  7. Articok mempunyai kandungan cynarin dan silymarin yang tinggi. Cynarin membantu tubuh badan dengan membuangkan kolesterol daripada tubuh badan dengan merangsangkan penghasilan hempedu.   

0 comments
Labels: , , , , , ,

KEGEMUKAN PUNCA PENYAKIT JANTUNG

 

Apabila timbul perihal bentuk badan atau berat badan dalam perbualan seharian, pasti ramai yang akan mengelak. Diam seribu bahasa. Mula risau tentang berat badan masing-masing. Tapi, perasaan risau itu hanya akan muncul sementara waktu dan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Sementara itu, masalah OBESITI atau KEGEMUKAN sudah menjadi masalah besar di negara ini sehingga terdapat kenyataan yang mendedahkan bahawa seramai 16.8 juta rakyat mengalami masalah kegemukan. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan boleh dilihat dengan mudah di sekeliling kita. bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai berat badan yang ideal atau tidak? Mari kita kira Jisim Berat Badan atau BMI untuk mengetahui BMI anda.

  1. Bahagikan berat badan (kg) dengan tinggi(m) yang telah dikuasakan dengan dua;    
  2. Sekarang, bandingkan nilai yang telah diperoleh dengan jadual di bawah. Tentukan anda dalam kategori yang mana;
    ClassificationBMI(kg/m2)
    Principal cut-off pointsAdditional cut-off points
    Underweight<18.50<18.50
         Severe thinness<16.00<16.00
         Moderate thinness16.00 - 16.9916.00 - 16.99
         Mild thinness17.00 - 18.4917.00 - 18.49
    Normal range18.50 - 24.9918.50 - 22.99
    23.00 - 24.99
    Overweight≥25.00≥25.00
         Pre-obese25.00 - 29.9925.00 - 27.49
    27.50 - 29.99
         Obese≥30.00≥30.00
              Obese class I30.00 - 34.9930.00 - 32.49
    32.50 - 34.99
              Obese class II35.00 - 39.9935.00 - 37.49
    37.50 - 39.99
              Obese class III≥40.00≥40.00
    Source: Adapted from WHO, 1995, WHO, 2000 and WHO 2004.
    *Additional cut of point adalah untuk kegunaan negara-negara Asia. 
Adakah anda dalam kategori NORMAL atau sebaliknya? Jika tidak, anda harus mengambil langkah waspada. Masalah OBESITI bukan lagi dianggap sekadar keadaan lagi. OBESITI ADALAH PENYAKIT. Dengan masalah ini, risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit metabolisma lebih tinggi dan sudah semestinya untuk penyakit jantung. Walaubagaimanapun, Index Jisim Badan bukanlah satu-satunya cara dan ia tidak mampu untuk menentukan jumlah lemak dalam badan. Namun, ia adalah satu cara untuk saringan. Daripada hasil kajian Framingham, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau dalam kategori overweight mempunyai 34% risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang normal. Manakala untuk mereka yang OBESE, risiko untuk mendapatkan penyakit jantung melebihi 100% iaitu 104% dan ia sungguh tinggi!

Obesiti terjadi apabila kandungan lemak terlalu tinggi dalam badan. Risiko untuk mendapat CVD akan menjadi lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai lemak pada bahagian abdomen atau perut yang tinggi. Sekarang, lihat pada bahagian abdomen anda. Bagaimana? Adakah anda mengalami perut buncit? Hmm, jika ya jawapan anda, jangan berlengah! Anda harus bertindak sekarang. Tidak pasti?. Baiklah. Jom kita tentukan sama ada anda mengalami kegemukan pda bahagian abdomen atau tidak. bagi lelaki, had untuk ukur lilit pinggang ialah 80cm manakala bagi wanita 90 cm. Jika ukur lilit pinggang anda melebihi dari nilai tersebut, anda mengalami kegemukan pada bahagian abdomen dan anda mempunyai bentuk badan epal.


Kandungan lemak dalam badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah yang tinggi. jantung perlu bekerja lebih untuk mengepam darah dan akan membebankan jantung anda. Tekanan darah yang tinggi turut berlaku disebabkan oleh berlakunya gumpalan lemak di kawasan dinding salur darah, yang menyebabkan laluan tersebut sempit. Tambahan pula, obesiti akan menyebabkan Hypertrofi Vebtrikular Kiri atau Left Ventricular Hypertrophy (LVH). LVH ialah penebalan yang berlaku pada dinding salur darah. LVH yang berlaku dalam jangka masa yang panjang akan menyumbang kepada kegagalan jantung untuk berfungsi.

Anda yang akan tentukan sendiri risiko yang anda akan alami. Kawal berat badan dan pilihlah gaya hidup yang sihat. Bertindak sekarang sebelum terlambat! jika anda berjaya menurunkan berat badan, anda mampu mengurangkan risiko sehingga 5% hingga 10% dari menghidapi penyakit jantung. Mahu lakukan esok? Risiko anda semakin tinggi. Jantung anda tidak mampu untuk tunggu lagi. Anda tentukan hidup anda. :) 

Dan video ini bagi mereka yang ingin bertindak esok. Atau mungkin lebih lewat? Buatlah pilihan yang bijak.



0 comments
Labels:

JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG


Pasti anda pernah mendengar mengenai penyakit kardiovaskular yang juga dikenali sebagai penyakit jantung. Tetapi, tahukah anda terdapat pelbagai jenis penyakit jantung yang meliputi salur darah di bahagian otak sehingga salur vena di bahagian kaki.

Antaranya ialah:
  • Angin ahmar (Strok)
  • Penyakit jantung koronori
  • Penyakit jantung reumatik
  • Penyakit jantung kongenital
  • Aneurisme aortik dan pembedahan
  • Persisian penyakit arteri
  • Trombosis vena dalam (DVT)
  • Embolisme pulmonari

Sumber: WHO

0 comments
Labels:

ADAKAH ANDA BERISIKO UNTUK PENYAKIT JANTUNG?

Setiap yang berlaku pasti ada sebab yang tertentu. Begitu juga dengan penyakit jantung. Jom kita lihat apa punca-punca yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Adakah anda salah seorang yang mengalami faktor-faktor tersebut?

Kenali jantung anda sekarang!

CDC (Centers for Disease Control and Prevention) telah mengklasifikasikan punca-punca penyakit jantung kepada 3 bahagian; Keadaan, Tingkah laku dan Keturunan.

Keadaan

  1. Tinggi kandungan kolestrol dalam darah
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Tinggi kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Tingkah laku
  1. Penggunaan tembakau
  2. Amalan pemakanan yang tidak sihat
  3. Kurang aktiviti fizikal
  4. Obesiti
  5. Penggunaan alkohol yang tinggi
Keturunan
  • Berdasarkan faktor genetik
Mahu tahu lebih lanjut tentang faktor-faktor ini? Teruskan membaca post yang akan datang dari kami!

0 comments
Labels:

KETAHUI TANDA-TANDA AMARAN GEJALA PENYAKIT JANTUNG


Serangan jantung ???

Tentu ramai yang berasa takut apabila dikaitkan dengan penyakit ini kerana penyakit ini sering datang secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kematian. Sebenarnya serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakan kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasa tanda atau gejala serangan jantung tersebut lebih awal.


Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda;

©Pening, pengsan,rasa susah nafas atau sesak nafas.Anda akan mengalami kesukaran ketika 
   melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak 
   pernah mengalaminya sebelum ini.

© Sakit otot yang berlarutan dibahagian leher.




©  Rasa nyeri atau sakit pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, rahang dan telinga.

©  Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa 
    minit.

©    Masalah seksual pada lelaki (dysfungsi ereksi)

©   Gangguan pencernaan,mual atau pedih ulu hati terutama pada wanita

Adakah anda pernah mengalami gejala-gejala diatas???
Sekiranya “ya”....JANGAN ABAIKAN!! 
Anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat 
pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin salah seorang penghidap sakit jantung.





0 comments

Heart Disease Risk