Serangan jantung
???
Tentu ramai
yang berasa takut apabila dikaitkan
dengan penyakit ini kerana penyakit ini
sering datang secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kematian. Sebenarnya
serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Ia boleh berlaku
pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara
tiba-tiba, tetapi kebanyakan kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasa
tanda atau gejala serangan jantung tersebut lebih awal.
Berikut
merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat
gangguan pada jantung anda;
©Pening, pengsan,rasa susah nafas atau sesak
nafas.Anda akan mengalami kesukaran ketika
melakukan aktiviti seperti menaiki
tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak
pernah mengalaminya sebelum
ini.
© Rasa nyeri atau sakit pada bahagian-bahagian
badan seperti lengan, bahu, rahang dan telinga.
© Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah
ruang dada yang berterusan untuk beberapa
minit.
© Masalah seksual pada lelaki (dysfungsi
ereksi)
© Gangguan pencernaan,mual atau pedih ulu hati
terutama pada wanita
Adakah
anda pernah mengalami gejala-gejala diatas???
Sekiranya
“ya”....JANGAN ABAIKAN!!
Anda perlu
berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat
pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin
salah seorang penghidap sakit jantung.
No comments:
Post a Comment