Merokok Menyebabkan Penyakit Kardiovaskular


Merokok membawa kerosakan kepada hampir-hampir semua organ dalaman, menyebabkan banyak jenis penyakit dan menjejaskan kesihatan perokok. Berbanding dengan individu yang tidak merokok, perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dapat penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari dan strok.
Korang tau tak bagaimana merokok dapat menyebabkan penyakit kardiovascular? Tak pe la! Biar saya bagitau korang prosesnya.
  1. Bahan kimia terdapat di dalam rokok merosokkan dan menjejaskan struktur dan fungsi jantung dan saluran darah anda
  2. Mengurangkan pengaliran darah dengan menyempitkan arteri (saluran darah yang membawa darah beroksigen dari jantung kepada sel-sel badan) dengan menyebadkan pembekuan darah. Ia akan menyumbatkan arteri di bahagian lengan dan kaki. Dalam tempoh masa yang lama, keadaan ini akan menyebabkan penyakit vaskular periferal
  3. Merokok akan menyebabkan abdominal aortic gondok nadi
  4. Bahan kimia terdapat dalam asap rokok merosakan sel-sel darah, terutamanya sel darah merah yang membawa oksigen dalam tubuh badan
  5. Asap rokok mempunyai kandungan karbon monoksida yang tinggi. Ia akan mengurangkan pengangkutan oksigen di dalam badan. Oleh itu, organ dalaman mungkin kekurangan oksigen untuk berfungsi
  6. Nikotin dalam rokok meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah
  7. Secara tidak langsung, merokok juga mengurangkan lipoprotein ketumpatan tinggi, meningkatan kandungan trigliserida dalam darah, meningkatkan intoleransi glukosa, dan faktor-faktor lain menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Kepada sesiapa yang tidak merokok, jangan sesekali ingat anda bebas daripada penyakit kardiovaskular, kerana mereka yang terdedah kepada “second hand smoke” mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang lain. Menurut kajian, individu yang terdedah kepada “second hand smoke” mempunyai kesan negatif yang sama seperti individu yang merokok. Oleh itu, individu yang tidak merokok harus menjauhkan diri daripada golongan perokok. Kepada yang merokok, anda dinasihati supaya berhenti merokok!

No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk