Labels:

AWAS!!! PEMBUNUH NOMBOR SATU DI MALAYSIA..


Tahukah anda?? Pada tahun 2008, sebanyak 9,807 kes kematian di Malaysia adalah berpunca daripada penyakit jantung iskemia. Sehinggakan pada hari ini, penyakit ini masih lagi digelar sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia. Apa yang lebih menarik, menurut kajian Framingham, lelaki adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung iskemia berbanding perempuan pada usia yang muda. Namun, kedua-dua jantina mempunyai risiko yang sama apabila meningkat usia 40-an dan ke atas.  

Punca Utama Kematian di Malaysia (2008)

Punca Kematian
Bilangan Kes
Peratus (%)
Penyakit Jantung Iskemia
9806
12.9
Pneumonia
5321
7
Penyakit Serebrovaskular
5017
6.6
Septisemia
4561
6
Kemalangan Pengangkutan
4409
5.8
Penyakitan Penafasan Rendah Kronik
1748
2.3
Neoplasma Maglinan (Trakea, bronkus, paru-paru)
1672
2.2
Kencing Manis
1292
1.7
Penyakit berpunca tempoh perinatal
1216
1.6
Penyakit Hati
1064
1.4
Jumlah Kes Kematian yang Diperakui oleh Doktor
76016


Menurut Jabatan Statistik Negara, jumlah kematian yang berpunca daripada penyakit jantung iskemia bagi lelaki ialah sebanyak 47,080 kes manakala jumlah kematian untuk perempuan pula ialah 28,936 kes. Penyakit ini boleh menyerang kita pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita tidak harus memandang remeh terhadap penyakit jantung. Mulakan langkah-langkah penjagaan jantung sihat hari ini supaya kita tidak menjadi mangsa seterusnya. Jom, sayangi jantung anda!


No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk