ANDA WAJIB TAHU!!!




Pernahkah anda dengar yang kencing manis ada kaitannya dengan serangan jantung. Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), punca utama kematian dalam kalangan pesakit kencing manis adalah disebabkan serangan jantung.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana kencing manis boleh membawa kepada serangan jantung?? Jadi, jom..kita teruskan membaca sampai habis......^_^

Sebenarnya, penyakit kencing manis ini sangat berbahaya. Ia berupaya untuk merosakkan seluruh tubuh badan pesakit secara perlahan-lahan.   Bukan itu sahaja , salur darah kecil dan besar juga turut terjejas akibat daripada komplikasi penyakit ini. Apabila arteri telah tersumbat, maka  serangan jantung pun akan berlaku.

Biasanya, pesakit kencing manis yang diserang sakit jantung tidak mengalami tanda-tanda awal seperti sakit dada. Ini adalah kerana , penyakit kencing manis berupaya untuk merosakkan saraf-saraf dalam badan seseorang pesakit seterusnya mengurangkan deria sakit mereka.

Selain itu, tekanan darah serta tahap kolesterol penghidap kencing manis juga tinggi. Oleh itu, mereka mempunyai risiko dua atau empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung berbanding individu lain.  

HENTIKAN KENCING MANIS....CEGAH SEBELUM TERLAMBAT...=)




No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk