Labels: , , , ,

Alkohol dan Penyakit Kardiovaskular


Pengambilan alkohol yang “sederhana” dapat menlindungi kita daripada penyakit jantung. Maksud “sederhana” ialah satu hingga dua unit sehari bagi lelaki, dan hanya satu unit untuk wanita. Satu unit adalah 12oz bir, 4oz wain, 1.5oz 80-proof spirits, atau 1oz 100-proof spirits. Pengambilan alkohol yang sederhana dapat membawa kebaikan seperti berikut:
  1. meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) dan mengurangkan tahap LDL (kolesterol jahat)
  2. merendahkan tekanan darah
  3. menghalang pembekuan darah dengan mengganggu fungsi platelet (sel darah yang membekukan darah)

Kita tidak harus mengambil alkohol lebih daripada yang sepatutnya kerana alkohol meningkatkan tahap trigliserida darah. Selain itu, ia juga akan menyebabkan tekanan darah tinggi, kegagalan jantung, obesiti dan kencing manis. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan strok dan penyakit-penyakit yang serius seperti sindrom janin alkohol, cardiomyopathy, jantung aritmia dan lain-lain.

Tetapi, bukan semua orang boleh minum arak. Individu-individu yang mempunyai keadaan seperti berikut harus menjauhkan diri daripada alkohol:
  1. kegagalan jantung
  2. cardiomyopathy
  3. tekanan darah tinggi
  4. kencing manis
  5. aritmia
  6. strok

Kita seharusnya tidak mengambil alkohol; kita harus menjaga jantung kita dengan mempraktikkan gaya hidup yang sihat, sperti pengambilan makanan yang berkhasiat dan senaman.

No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk