Labels: , , , , , ,

KEGEMUKAN PUNCA PENYAKIT JANTUNG

 

Apabila timbul perihal bentuk badan atau berat badan dalam perbualan seharian, pasti ramai yang akan mengelak. Diam seribu bahasa. Mula risau tentang berat badan masing-masing. Tapi, perasaan risau itu hanya akan muncul sementara waktu dan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Sementara itu, masalah OBESITI atau KEGEMUKAN sudah menjadi masalah besar di negara ini sehingga terdapat kenyataan yang mendedahkan bahawa seramai 16.8 juta rakyat mengalami masalah kegemukan. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan boleh dilihat dengan mudah di sekeliling kita. bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai berat badan yang ideal atau tidak? Mari kita kira Jisim Berat Badan atau BMI untuk mengetahui BMI anda.

  1. Bahagikan berat badan (kg) dengan tinggi(m) yang telah dikuasakan dengan dua;    
  2. Sekarang, bandingkan nilai yang telah diperoleh dengan jadual di bawah. Tentukan anda dalam kategori yang mana;
    ClassificationBMI(kg/m2)
    Principal cut-off pointsAdditional cut-off points
    Underweight<18.50<18.50
         Severe thinness<16.00<16.00
         Moderate thinness16.00 - 16.9916.00 - 16.99
         Mild thinness17.00 - 18.4917.00 - 18.49
    Normal range18.50 - 24.9918.50 - 22.99
    23.00 - 24.99
    Overweight≥25.00≥25.00
         Pre-obese25.00 - 29.9925.00 - 27.49
    27.50 - 29.99
         Obese≥30.00≥30.00
              Obese class I30.00 - 34.9930.00 - 32.49
    32.50 - 34.99
              Obese class II35.00 - 39.9935.00 - 37.49
    37.50 - 39.99
              Obese class III≥40.00≥40.00
    Source: Adapted from WHO, 1995, WHO, 2000 and WHO 2004.
    *Additional cut of point adalah untuk kegunaan negara-negara Asia. 
Adakah anda dalam kategori NORMAL atau sebaliknya? Jika tidak, anda harus mengambil langkah waspada. Masalah OBESITI bukan lagi dianggap sekadar keadaan lagi. OBESITI ADALAH PENYAKIT. Dengan masalah ini, risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit metabolisma lebih tinggi dan sudah semestinya untuk penyakit jantung. Walaubagaimanapun, Index Jisim Badan bukanlah satu-satunya cara dan ia tidak mampu untuk menentukan jumlah lemak dalam badan. Namun, ia adalah satu cara untuk saringan. Daripada hasil kajian Framingham, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau dalam kategori overweight mempunyai 34% risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang normal. Manakala untuk mereka yang OBESE, risiko untuk mendapatkan penyakit jantung melebihi 100% iaitu 104% dan ia sungguh tinggi!

Obesiti terjadi apabila kandungan lemak terlalu tinggi dalam badan. Risiko untuk mendapat CVD akan menjadi lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai lemak pada bahagian abdomen atau perut yang tinggi. Sekarang, lihat pada bahagian abdomen anda. Bagaimana? Adakah anda mengalami perut buncit? Hmm, jika ya jawapan anda, jangan berlengah! Anda harus bertindak sekarang. Tidak pasti?. Baiklah. Jom kita tentukan sama ada anda mengalami kegemukan pda bahagian abdomen atau tidak. bagi lelaki, had untuk ukur lilit pinggang ialah 80cm manakala bagi wanita 90 cm. Jika ukur lilit pinggang anda melebihi dari nilai tersebut, anda mengalami kegemukan pada bahagian abdomen dan anda mempunyai bentuk badan epal.


Kandungan lemak dalam badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah yang tinggi. jantung perlu bekerja lebih untuk mengepam darah dan akan membebankan jantung anda. Tekanan darah yang tinggi turut berlaku disebabkan oleh berlakunya gumpalan lemak di kawasan dinding salur darah, yang menyebabkan laluan tersebut sempit. Tambahan pula, obesiti akan menyebabkan Hypertrofi Vebtrikular Kiri atau Left Ventricular Hypertrophy (LVH). LVH ialah penebalan yang berlaku pada dinding salur darah. LVH yang berlaku dalam jangka masa yang panjang akan menyumbang kepada kegagalan jantung untuk berfungsi.

Anda yang akan tentukan sendiri risiko yang anda akan alami. Kawal berat badan dan pilihlah gaya hidup yang sihat. Bertindak sekarang sebelum terlambat! jika anda berjaya menurunkan berat badan, anda mampu mengurangkan risiko sehingga 5% hingga 10% dari menghidapi penyakit jantung. Mahu lakukan esok? Risiko anda semakin tinggi. Jantung anda tidak mampu untuk tunggu lagi. Anda tentukan hidup anda. :) 

Dan video ini bagi mereka yang ingin bertindak esok. Atau mungkin lebih lewat? Buatlah pilihan yang bijak.



No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk