Sayur-sayuran
merupakan salah satu makanan yang dipercayai dapat menjaga kesihatan
badan kita. Demikian, kita dinasihati untuk mengambil
sekurang-kurangnya 5 sajian cawan sayur-sayuran setiap hari demi
menjaga kesihatan jantung kita. Kebaikan sayur-sayuran adalah seperti
berikut:-
- Sayur-sayuran mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran dapat mengurangkan berat badan kita dan secara tidak langsung dapat mencegah penyakit kardiovaskular.
- Mengandungi serat larut dan tidak larut dalam air. Kedua-dua serat ini adalah amat penting untuk kesihatan kita. Serat larut akan bergabung dengan kolesterol di dalam usus kita demi menghalangnya daripada mengalir ke dalam saluran darah. Jenis-jenis sayur yang mengandungi serat larut yang tinggi adalah kekacang, lobak merah, articok, ubi keledek, dan bit.
- Tidak mengandungi kolesterol dan lemak.
-
Mengandungi nutrien yang diperlukan: vitamin A, C dan E, magnesium, kalium, folat dan kalsium
Berikut
merupakan jenis-jenis sayur yang dipercayai dapat menjaga kesihatan
jantung anda:-
- Bawang putih merupakan salah satu allium yang mempunyai fitokimia yang dapat mencegah keradangan saluran darah.
- Bawang merah juga dapat mencegah keradangan saluran darah dan mencepatkan penyembuhan arteri. Di samping itu, bawang merah mengandungi quercetin yang dapat menurunkan kolesterol dalam darah.
- Kacang soya mempunyai kandungan serat yang tinggi dan pada masa yang sama ia tidak mempunyai lemak tepu dan kolesterol. Menurut kajian pada tahun 2010, pengambilan kacang soya setiap hari dapat menurunkan kolesterol LDL dengan 8 hingga 10%.
- Tomato amat dikenali dengan dapat mencegahkan kanser. Tetapi, tomato juga dapat menurunkan kolesterol. Pengamilan 25mg lycopene (antioksidan yang mewarnakan tomato dengan warna merah) setiap hari dapat menurunkan kolesterol LDL dengan 10%.
- Sayur-sayuran hijau yang berdaun seperti bayam dapat menurunkan kolesterol dalam badan. Menurut banyak kajian, individu yang mengambil 4 sajian atau lebih sayuran hijau yang berdaun mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah berbanding individu yang mengambilnya dengan amaun yang kurang.
- Kacang hijau mempunyai amaun serat larut yang tinggi. Pengambilan 6oz kacang hijau setiap hari dapat membekalkan serat larut yang mencukupi untuk mengurangkan kolesterol yang efisyen.
No comments:
Post a Comment