Labels: , , , , , ,

KHASIAT BUAH UNTUK JANTUNG


Pengambilan buah-buahan yang secukupnya merupakan satu komponen yang amat penting dalam diet kita.  Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang mana ianya mampu menjadi penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Tahukah anda...risiko serangan jantung dapat dikurangkan dengan  pengambilan buah-buahan. Buah buahan yang bewarna merah atau pink mengandungi  
antioxidant yang dikenali sebagai lycopene. 

Apa itu lycopene???

Lycopene ialah pigmen karotenoid yang boleh kita dapati pada buah tomato, tembikai, betik, jambu batu pink dan sebagainya. 






Apa yang menariknya di sini, kajian sainstifik telah membuktikan bahawa  pengambilan lycopene  berupaya untuk melindungi diri kita daripada serangan jantung. 

Oxidative LDL membawa kolesterol dimana ia menjadi penyebab aterosklerosis seterusnya membawa kepada serangan jantung dan stroke. Antioxidant lycopenene ini bertindak sebagai penghalang proses oxidative.  Apabila prosess oxidative terhalang maka, perkembangan aterosklerosis akan berkurangan. 


No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk