Labels: , , , , ,

4 TIPS JANTUNG SIHAT


MINYAK IKAN
Untuk pengetahuan anda, minyak ikan adalah makanan yang baik untuk mempunyai jantung sihat. Menurut kajian, minyak ikan dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 20% jika kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Manakala bagi pesakit serangan jantung pula, minyak ikan dapat mengurangkan kadar risiko untuk mendapat serangan jantung kembali sebanyak 15% hingga 30%. Hal ini kerana rantaian asid lemak EPA dan DHA yang terdapat dalam minyak ikan dapat memberikan perlindungan yang baik kepada jantung. Biasa dengar kan? Yang selalu iklan susu bayi sebut tu la~~~ 

Minyak ikan boleh didapati di dalam ikan laut dalam seperti Tuna, Ikan Cod, Salmon, Kembung dan Sardin. Hanya 2 hidangan ikan dalam seminggu atau melalui pengambilan makanan tambahan, jumlah dos yang diperlukan untuk tubuh sudah mencukupi. Mudah bukan??

SENAMAN!
Secara amnya, senaman adalah baik untuk kesihatan kita. Namun, terdapat beberapa senaman khas yang sangat berkesan untuk meningkatkan HDL dalam tubuh kita. Pertama, semakin lama senaman aerobik yang dilakukan, semakin baik hasil yang kita akan dapat. Ingat! Kesungguhan dan kualiti senaman tu lebih baik berbanding kuantiti senaman yang banyak tetapi tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Gabungan aerobik dan senaman yang memerlukan tenaga yang kuat juga boleh membantu dalam membakar lemak badan. Cuba untuk lakukan aktiviti mingguan secara bergilir seperti 2-3 hari aktiviti berjalan, berlari atau menaiki basikal dengan 2-3 hari latihan rintangan badan. (Cuba dapatkan bimbingan doktor, pakar dietetic dan jurulatih untuk lebih berkesan)



Meditasi
Kajian telah menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan meditasi yang mudah dan ringkas dapat memulihkan tekanan darah dan mengecilkan salur darah arter. Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 201 subjek yang mempunyai penyakit kardiovaskular, mereka yang mengamalkan meditasi mempunyai kadar risiko yang kurang untuk mendapat serangan jantung, strok sebanyak 47% berbanding dengan pesakit yang tidak mengamalkan meditasi.



Berhenti MEROKOK
Sudah bertahun-tahun, pihak kerajaan telah melaksanakan ‘Kempen Tak Nak Merokok’. Merokok telah menyebabkan 1 daripada 5 kematian pesakit CVD. Jumlah rokok yang dihisap dalam sehari akan meningkatkan lagi risiko kematian.


Tips khas untuk membuang tabiat buruk merokok:
  • Tetapkan masa untuk berhenti merokok
  • Cari sebab kenapa perlu berhenti merokok
  • YAKIN! Selalu fikir positif dan katakana pada diri yang " Saya bukan PEROKOK"
  • Dapatkan bimbingan jika perlu
  • Banyakkan bersenam, Kunyah ‘chewing gum’ tanpa gula dan mandi dengan kerap.


Follow @cardio_booster


No comments:

Post a Comment

Heart Disease Risk