Secara umumnya, masyarakat
Malaysia terutamanya kaum Melayu amat menyukai makanan yang berlemak. Contohnya
seperti nasi lemak, sayur masak lemak, rendang, gulai, kari, laksam dan
lain-lain lagi. Malahan kuih muih tempatan juga banyak menggunakan santan
sebagai salah satu ramuan penting dalam masakan.
Hampir kebanyakan hidangan
melayu dimasak dengan menggunakan santan. Seperti yang kita tahu, santan adalah
jenis lemak tepu di mana ianya boleh meningkatkan risiko untuk pesakit
kardiovaskular. Boleh dan tidak salah untuk makan makanan tersebut namun ada
caranya dan langkah-langkah yang perlu kita ambil dengan mengubahsuai sedikit
resepi hidangan kita.
Jadi, bagaimanakah caranya
untuk kita mengurangkan penggunaan santan dalam masakan kita? Bagi mengurangkan
penggunaan lemak jenis ini, kita boleh menggantikannya dengan menggunakan susu
jenis rendah lemak ataupun susu yang mengandungi 0% lemak. Susu jenis ini amat
mudah didapati di pasaran. Walaupun ianya lebih mahal berbanding santan, tetapi
ianya memberikan impak yang lebih baik kepada pesakit kardiovaskular. Jadi, ape
tunggu lagi? Mari kita ubahnya sekarang..
Namun, terdapat juga makanan
tempatan yang lengkap dengan sayur-sayuran yang segar, ulam-ulaman, berkhasiat
dan sesuai untuk pesakit kardiovaskular seperti kerabu tomato, nasi kerabu,
laksa, ulam, ikan masak singgang dan pelbagai lagi.
Selain itu, kita boleh
menggantikan menu kita daripada masakan bergoreng kepada kukus, rebus, panggang
bagi mengurangkan penggunaan minyak. Ini kerana makanan bergoreng boleh
memudaratkan dan meningkatkan kolesterol dalam tubuh badan kita.
Jadi, ape tunggu lagi? Jom
kita ubah dan cuba sekarang… (^^,)
No comments:
Post a Comment